SELAMAT DATANG KE SISTEM PENGURUSAN LESEN PUTRAJAYA
Sistem Pelesenan Putrajaya merupakan salah satu inisiatif Perbadanan Putrajaya untuk menjadikan Putrajaya Bandaraya Pentadbiran Mampan Bertaraf Dunia bagi mencapai visi Putrajaya. Tujuan sistem pelesenan dibangunkan adalah untuk mengurus lesen komersil secara atas talian untuk memudahkan proses permohonan, pembaharuan dan pemantauan lesen perniagaan di Putrajaya.
MAKLUMAN KEPADA PEMOHON
Sila Pastikan Dokumen-Dokumen Berikut Telah Tersedia Untuk Di Muatnaik (Upload) semasa proses permohonan:
Salinan pendaftaran syarikat (ROC)/ perniagaan (ROB)/ pertubuhan (Borang 9 dan Borang 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan dan pemilik) ATAU Sijil Pendaftaran Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Profesional
Salinan kad pengenalan pemohon (Warganegara) ATAU Pasport (Bukan Warganegara) pemilik syarikat.
Surat kelulusan/kebenaran ubahsuai premis (jika ada ubahsuai sama ada di dalam atau di luar premis) DAN Sijil Pematuhan (CCC/CFO)
Sijil/ surat pemeriksaan doktor termasuk suntikan Typhim VI & sijil Kursus Pengendali Makanan bagi semua pengendali makanan dan pekerja (untuk peniaga makanan sahaja)
Lakaran Pelan Lantai & 4 Gambar Premis (1 gambar pandangan hadapan, 1 gambar bahagian dalam, 1 gambar bahagian belakang & 1 gambar bahagian tepi untuk premis lot tepi sahaja)
Perjanjiansewa premis atau perjanjian jual beli bangunan atau geran tanah.
Sijil perakuan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Pendidikan Swasta (Tadika @ Taska)
Syarat tambahan/dokumen sokongan dari Pihak Berkuasa Melesen Persekutuan.
Surat kelulusan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi perkhidmatan Dobi.
Surat Kelulusan Kementerian Pelancongan Malaysia(MOTAC) bagi aktiviti Hotel/Rumah Tumpangan/Premis Penginapa
Dokumen Tambahan Bagi Permohonan Papan Tanda Iklan Di Premis Perniagaan
Pengesahan Ejaan Penggunaan Bahasa pada visual iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Cadangan visual papan tanda iklan berwarna (menunjukkan dimensi/ saiz iklan dalam ukuran meter)
Gambar posisi pemasangan papan tanda iklan berwarna (superimpose) dan visual kaedah pencahayaan (sekiranya iklan bercahaya)
Sijil pendaftaran harta intelek Malaysia (trademark) ATAU surat pengesahan franchisor sekiranya paparan pada papan tanda iklan menggunakan NAMA/ LOGO/ TAGLINE selain dari nama syarikat yang dinyatakan dalampendaftaran syarikat (ROC)/ perniagaan (ROB)/ pertubuhan (Borang 9 dan Borang 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan dan pemilik) ATAU Sijil Pendaftaran Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Profesional. (JIKA ADA)
Ukuran papan tanda iklan perlu mematuhi Pelan Induk Iklan dan Signage Advertisement Design Guideline (SADG).
*Pemasangan Papan Tanda Iklan Sebelum Mendapat Kelulusan Dan Sijil Lesen Dari Perbadanan Putrajaya Akan Dikenakan Tindakan Penguatkuasaan Tertakluk Kepada Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2002.
Pertanyaan:
Unit Pelesenan Iklan di talian 03-8887 7231 / 03 8887 7657 / 03-8887 7251 / hamizan@ppj.gov.my bagi mendapatkan ukuran papan tanda iklan yang dibenarkan.
Unit Pelesenan Premis di talian 03-8887 7265/ 03-8887 7231/ 03-8887 7204/ 03-8887 7657/ 03-8887 7215 / royani@ppj.gov.my